Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; berhamburan 1. bertaburan me­rata-rata (ke sana sini): padi ~ dr guni yg bocor; 2. berselerak, berserak-serak, ber­sepah-sepah; 3. ki bercucuran, berderai-derai (air mata): ia tidak berkata apa-apa pun hanya air matanya sahaja yg ~; menghamburi menaburi, menyebar pd: se­telah mayat dimakamkan kubur pun di­hamburi bunga; menghamburkan 1. menaburkan, mene­bar­kan, menyebar(kan): ia ~ pasir dlm lori ke atas tanah yg sedang ditambak; ~ jala; 2. membuang-buang, memboroskan (wang dll): kerjanya ~ wang sahaja; 3. mencurah­kan, mengeluarkan (dgn banyak): ~ air mata; ~ kata-kata mengeluarkan kata-kata dgn banyak (memarahi dll); terhambur tertabur, tersebar, terselerak: apabila ruangan debunga pecah, debu­nganya pun ~ keluar; hamburan sesuatu yg dihamburkan; penghamburan perihal (perbuatan dsb) menghamburkan: ~ perasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; berhamburan 1 keluar bertabur-tabur ke sana ke sini: Beras ~ dr guni yg bocor. 2 bersepah-sepah; bersele­rak; berserak-serak: Dia memungut kertas yg ~ di lantai. 3 ki keluar bertitik-titik (bkn air mata); bercucuran; berderai-derai: ~lah air matanya apabila mendengar berita yg menyedihkan itu. menghamburi membuang-buang atau menaburkan sesuatu (bunga dll) pd; menaburi: Kedua-dua mempelai itu dihamburi bunga rampai. menghamburkan 1 membuang sesuatu (bunga dll) merata-rata; menyebarkan; menaburkan: Orang ramai telah ~ bunga ke kereta rombongan baginda. 2 mengeluarkan banyak-banyak; mencurahkan: Dia ~ air mata kerana sedih mengenangkan anaknya yg telah tiada. Semasa berlaku ledakan gubung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama benda-benda lain. terhambur tertabur; tersebar; terselerak. hamburan sesuatu yg dihamburkan atau yg terhambur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hambur
Kata Terbitan : berhamburan, menghamburi, menghamburkan, terhambur, hamburan, penghamburan,